8 Punca Gemuk Dan Sukar Kurus

Setiap orang sangat inginkan bentuk badan kurus dan langsing kan.Ramai yang berpendapat bahawa ia akan membantu meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang apabila berhadapan dengan masyarakat.

oleh kerana keghairahan untuk kurus maka ia mengundang pelbagai keluhan kerana sudah berputus asa atas usaha yang dilakukan selama ini tidak membuahkan hasil. Sebenarnya punca gemuk dan sukar Kurus adalah disebabkan oleh kesilapan diri sendiri yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar.

8 Punca Anda Gemuk Dan Sukar Kurus

1. Tidur yang tidak teratur

Tabiat tidur yang tidak teratur atau kurang tidur 5 jam sehari berulaya mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan lewat malam. Jadi semakin kurang masa tidur anda, semakin banyak jumlah kalori yang anda ambil.

Baca Lagi : Ramai Tak Tahu, Ini 6 Tabiat Tidur Yang Buat Anda Cepat Gemuk

2. Kunyah dengan cepat

selera makan tinggi dan cara atasinya

Mengunyah makanan dengan cepat atau bahasa kasarnya, ‘gelojoh’ akan membuatkan makanan tidak dapat dihadam dengan baik dan anda akan berasa ingin terus makan selagi perut tidak senak. Sekiranya anda dapat mengunyah makanan secara perlahan-lahan, ia akan membantu anda untuk mengambil sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya 20 minit akan diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang dan berhenti dari terus mengunyah.

3.air bikarbonat(GAS)

10 Kesan Buruk Air Gas Yang Kita Tak Tahu

Air bikarbonat, air bergas mahupun air soda merupakan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman bikarbonat ini sahaja telah terkandung sebanyak 65 kalori. Walaupun jumlah kalorinya tinggi, namun ia tidak menjadikan perut anda berasa kenyang. Jadi walaupun anda mengambil air ini dengan jumlah yang banyak untuk mengelakkan diri dari makan, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Berhati-hati jika anda mengambil 2 hingga 3 gelas sehari, kemungkinan besar berat badan anda bertambah hingga 30% dari berat badan yang sedia ada.

Baca Lagi : 10 Kesan Buruk Air Gas Yang Kita Tak Tahu

4. Tidak mengambil sarapan

healthy diet

Seseorang yang sengaja melambatkan atau mengelak dari mengambil sarapan pagi, ia akan menghadapi risiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk berhadapan dengan masalah obesiti atau kegemukan. Kenapa hal ini boleh terjadi sedangkan kita skipmakan? Dengan membiarkan perut anda kosong pada waktu pagi, ia akan melambatkan tahap metabolisme badan dari menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan dengan lebih banyak pada waktu tengahari.

5. Kurang pengambilan air kosong

Seseirang yang sedang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya berkurangan sebanyak 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum sebelum makan. Amalan minum air sebelum makan dapat membantu perut anda berasa lebih kenyang dan anda pasti akan mengambil makan dengan jumlah yang sedikit.

Baca Lagi : 6 Keburukan Ais Batu Kepada Badan

6. Tabiat makan ketika tertekan

makan ketika stress sk

Ketika berada dalam keadaan tertekan atau stress, tentu ada di antara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu melupakan stress. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika anda berada dalam keadaan tertekan, cuba alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman secara teratur amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda dapat berfikir dan bertindak dengan lebih baik.

7. Porsion makanan yang tidak terkawal

makan banyak sk

Seseorang yang makan dengan porsi (portion) potongan yang besar berupaya untuk menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah makanan secara perlahan-lahan. Perkara penting yang anda perlu ambil tahu ialah berapa banyak jumlah kalori yang telah anda ambil setiap hari. Ini merupakan antara perkara yang jarang orang kita ambil peduli.

8. Makan lewat malam

Menurut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat mengambil atau menyimpan dengan lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu meluap-luap, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula, karbohidrat dan lemak yang rendah, misalnya susu rendah lemak, air masak, salad sayuran dan buah-buahan atau roti gandum penuh.

Jom Joint Channel Telegram Wanny : Wanny Telegram

Follow & Like FB : Wanny Facebook

Instagram : Wanny Instagram

One Comment on “8 Punca Gemuk Dan Sukar Kurus”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *