10 Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya Agar Tak Ganggu Hubungan Suami Isteri

Salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh orang perempuan ialah haid tidak teratur. Haid tak lancar boleh beri banyak kesan kepada kehidupan seorang wanita terutamanya bagi wanita berkahwin yang cuba nak dapatkan anak. Mengenalpasti punca haid tak teratur dan pilihan cara rawatan yang tepat boleh membantu mengatasi masalah haid tak datang daripada terus berpanjangan.

Saya belum pernah alami masalah ni. Cuma ada lah sekali 2 itu pun selepas melahirkan anak. Mungkin sebab hormon masih belum stabil jadi ambil masa nak kembali kepada normal. Tapi saya ada beberapa kawan yang memang mengalami masalah haid tak teratur. Ada yang yang tak datang berbulan-bulan lamanya tapi tak mengandung. Ada juga yang haid terlalu kerap dan selalu berpanjangan sampai selalu kekurangan darah.

Punca Haid Tidak Teratur

Punca period tak datang selalunya adalah disebabkan kehamilan. Orang pregnant dalam situasi normal tak akan alami haid hingga habis tempoh pregnancy. Melainkan kalau ada masalah semasa mengandung, pendarahan boleh berlaku. Ibu yang menyusukan anak juga walaupun tak semua, tapi ramai ibu yang tak datang period sepanjang tempoh breastfeeding. Ini juga selalunya adalah normal.

Tapi selain daripada 2 sebab di atas, ada banyak punca kenapa masalah haid tak teratur ni berlaku. Ada yang serius dan ada yang tak. Ada yang perlu dirawat dengan rawatan pakar perubatan. Ada juga yang boleh diperbaiki dengan sedikit pertolongan ubat atau nutrien tertentu ataupun hanya dengan mengubah gaya hidup ke arah lebih baik. Sampaikan untuk beberapa tempoh masa, masalah boleh hilang dengan sendirinya.

Tapi apa punca-puncanya ya yang menyebabkan period tak stabil ni?

1. Penambahan berat badan secara mendadak ataupun penurunan berat badan secara mendadak. Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah menstruasi/ haid.

2. Penyakit gangguan pemakanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa.

3. Pertambahan rutin senaman. Sangat selalu berlaku dikalangan atlit sukan.

4. Tekanan emosi disebabkan masalah peribadi dan sebagainya.

5. Kesakitan atau mengalami penyakit seperti kanser.

6. Perjalanan jauh. Terutamanya yang memakan masa panjang, perlu menghadapi perubahan persekitaran yang mendadak, perubahan zon waktu dan sebagainya.

7. Pengambilan ubat contohnya pil perancang kehamilan yang boleh sebabkan period jadi sedikit, jarang-jarang, lebih kerap, haid tak hadir ataupun langsung tak datang.

8. Masalah hormon. Ini menyebabkan hormon yang mengawal kitaran haid terjejas.

9. Penggunaan dadah terlarang.

10. Masalah pada organ pelvik seperti imperforate hymen (tiada lubang bukaan faraj yang menyebabkan haid tidak dapat keluar), polycystic ovary syndrome ataupun PCOS (masalah ketidakstabilan hormon yang mengganggu ovulasi), Asherman’s syndrome (masalah pada dinding uterus) ataupun uterine fibroid (ketumbuhan dalam rahim).

1. Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang – Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan normal.

2. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat – Elakkan kenaikan ataupun penurunan berat badan mendadak.

3. Amalkan gaya hidup sihat – Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.

4. Elakkan stress – Hiduplah secara seimbang. Uruskan kerjaya, keluarga, pelajaran dan sebagainya dengan sama rata. Dalam masa sama perlu nikmati hidup supaya diri rasa gembira dan hidup lebih bermakna.

5. Ambil ubat ikut jadual – Sekiranya ada mengambil ubat pencegah kehamilan, pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang sepatutnya.

6. Ambil supplement – MAGIC SLIMs dapat membantu menstabilkan hormon.

PANDUAN DIET MENGIKUT BERAT PERCUMA!

KLIK GAMBAR DI ATAS

One Comment on “10 Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya Agar Tak Ganggu Hubungan Suami Isteri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *