11 Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Cepat Dan Senang Dibuat

Masalah badan berbau biasanya berpunca daripada peluh yang keluar dan bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit. Secara umumnya, kita boleh melakukan beberapa cara untuk mengelakkan badan berbau, contohnya dengan memakai pakaian kapas dan menyerap peluh, mengganti pakaian dan dalaman dengan kerap, kerap mandi, dan menjaga kebersihan diri secara rutin.

11 Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Cepat Dan Senang Dibuat

label makanan sihat

1. CUKA EPAL

Salah satu petua hilangkan bau ketiak adalah menggunakan cuka epal atau ‘apple cider’.

Cara: Tuang cuka dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapu pada ketiak. Atau bilas ketiak dengan cuka sewaktu mandi. Ia akan berbau masam pada awalnya. Tapi, ia amat berkesan menyahkan bau badan.

cara hilangkan gatal

2. SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat mempunyai banyak kegunaan selain untuk membuat kuih atau kek.

Cara: Campur satu sudu jus lemon ke dalam satu sudu soda bikarbonat. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air.

Jika tiada jus lemon, boleh gantikan dengan tepung jagung. Paling mudah, campurkan sedikit air pada soda bikarbonat dan sapu selepas mandi.

petua hilangkan bau ketiak

3. HYDROGEN PEROXIDE

Selain farmasi, bahan ini biasanya boleh dijumpai dalam peti kecemasan atau ‘first aid kit’.

Cara: Campur satu sudu hydrogen peroxide dalam satu cawan air dan gaul hingga sebati.

Celup kain atau tuala bersih pada ketiak. Jika tidak sempat, boleh sahaja sapukan terus pada ketiak.

hilangkan ketiak hitam

4. LEMON

Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga membantu mencerahkan kulit yang kehitaman di ketiak.

Cara: Hiris lemon dan sapu perlahan-lahan pada ketiak.

Boleh juga guna perahan jus lemon pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon dan sapu pada ketiak selepas mandi.

petua hilangkan bau ketiak

5. AIR MAWAR

Air mawar boleh dibeli siap dari kedai kecantikan atau dibuat sendiri di rumah.

Cara: Sapu ‘rose water’ pada ketiak dan biarkan ia kering sendiri.

petua hilangkan bau ketiak

6. BATU KRISTAL

Batu kristal ini adalah alternatif bagi mereka yang tidak sukakan bahan kimia atau bau-bauan daripada deodoran. Ada yang dijual dalam bentuk ketulan seperti sabun, dan ada juga dalam bentuk seperti deodoran.

Cara: Pemakaiannya sama seperti deodoran.

bahaya bedak talkum

7. BEDAK BAYI

Bedak talkum biasa atau bedak bayi amat sesuai untuk mengatasi bau badan.

Cara: Apabila rasa lekit pada ketiak, terus letak bedak pada ketiak. Ia akan mengurangkan peluh yang keluar.

Foto Kredit: fashionlady.in

8. SERBUK SANDALWOOD

Herba ini boleh didapati di kedai rempah, pasaraya, atau ada yang dipek secara komersial di kedai kecantikan.

Cara: Jadikan pes dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit pada serbuk sandalwood. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan sehingga kering, baru dibilas dengan bersih.

Foto Kredit: postcardfromstella.com http://postcardsfromstella.com/what-is-tawas-powder/

9. TAWAS

Tawas adalah sejenis hablur dalam bentuk batuan atau ada yang telah dijadikan serbuk.

Cara: Lalukan air pada tawas dan sapu pada ketiak. Pastikan guna bahagian yang tumpul.

sengkuang_

10. SENGKUANG

Cara: Kisar halus hingga keluar jus dan sapu pada ketiak. Ia menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya.

cara hilangkan bau badan

11. Wangian

Cara: Hanya sembur sahaja di baju dan ketiak ia akan hilangkan bau badan serta merta. cepat dan mudah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *