9 Tips Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi Dengan Mudah

Mempunyai mata yang menawan memang menjadi idaman setiap orang terutamanya golongan wanita. Namun akibat beberapa faktor seperti keturunan, alergi, penat dan sebagainya menyebabkan wujudnya kantung di bawah mata atau “eyebag” yang mencacatkan penampilan. Nak tau cara mudah untuk hilangkan eyebag atau kantung mata? Tapi sebelum tu, tahukah anda apakah punca eyebag seringkali terjadi?

Sebelum nak hilangkan, kena la tau apakebendanya dan dari mana asal usul Eye Bag dan Mata Panda ni. Eye bag dan mata panda adalah lingkaran hitam bawah mata yang memberi ‘signal’ bahawa ada sesuatu yang tak ‘kena’ tentang badan anda.Selalunya adalah disebabkan keletihan dan tak cukup tidur. Tapi bukan itu saja penyebabnya. Ada beberapa faktor lain.

9 Tips Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi Dengan Mudah

1.Hirisan Timun

 Ni teknik yang paling terkenal nenek-nenek kita dulu-dulu. Satu ianya senang didapati, kedua, murah pulak tu. Mungkin paling murah dalam 11 cara yang saya nak share nanti. Tapi berkesan, jangan risau, memang berkesan.
Caranya, keluarkan timun dari dalam peti sejuk anda, hiriskan 2-3 hiris. Kemudian letakkan di atas mata. Alaa macam selalu tengok dalam TV tu. Tunggu 5-10 minit dan boleh tanggalkan

2.SUSU SEGAR

Rendamkan kapas didalam susu. Kemudian angkat kapas tersebut dan perahkan susu yang berlebihan. Kita cuma nak lembabkan kapas tu dengan susu ja. Tak perlu susu meleleh ye.
Kemudian, letakkan kapas tersebut di atas mata, dan biarkan selama 20-30 minit. Pastikan anda lakukan ini sehari sekali untuk hasil yang cepat

3.UBI KENTANG

Nak hasil yang cepat, simpan ubi kentang didalam peti sejuk semalaman. Kemudian esoknya, keluarkan dan potong macam timun tu tadi. Lepas tu, letakkan di atas mata. Biarkan selama 5-10 minit.
Ubi kentang mengurangkan apa-apa keadaan bengkak dan lingkaran hitam bawah mata anda. Berterima kasih lah pada kandungan enzim yang tinggi didalam ubi kentang tu.

4.PUTIH TELUR

Kacau-kacaukan telur putih dan sapukan ia di bahagian bawah mata. Sapu guna brush. PERHATIAN, bila telur tu dah kering, anda akan rasa tegang sikit. Tapi itu adalah petanda baik, dun wurri okey. Biarkan selama 20 minit, lepas tu bilas seprti biasa.

5.UNCANG TEH

Ok, pertama, rendam uncang teh didalam air panas macam kebiasaan anda nak buat teh o panas. Kemudian angkat uncang teh tu dan simpan pula dalam peti sejuk. Ni untuk sejukkan uncang teh tu, takde la anda jadi Kassim Selamat bila uncang teh tengah mendidih ada atas mata.Kemudian uncang teh tu dah sejuk, letakkan atas mata. Biarkan selama 20-30 minit. Nak tau uncang teh terbaik, jawapannya Chamomile dan teh hijau paling berkesan.

6.REHAT SECUKUPNYA

Bila dah amalkan cara-cara diatas dan eye bag pun dah mula hilang, tolong jaga jesihatan anda dengan tidur secukupnya dan tidak menonton TV lama-lama sangat. Sebenarnya TV pun jemu tengok muka anda tau, cuma dia takde mulut je nak bagitau.

7.MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Ini adalah cara yang paling berkesan tapi paling boring untuk orang nak ikut. Manusia lebih suka cara-cara yang fancy dan magic. Sedangkan ini lah ‘core’ atau asas dalam apa saja yang berlaku di dalam diri anda.Kelawaan anda adalah bergantung pada pemakanan anda. Selalunya eyebag dikaitkan dengan vitamin K dan kekurangan vitamin B12.
 Makanlah sayuran, buah-buahan lagi-lagi sayuran yang berdaun hijau contohnya, kubis, bayam dan kale. Kurangkan pengambilan garam sebab garam akan menyebabkan pengekalan air dalam badan dan akan mengakibatkan eye bag. Jadi kesimpulannya, tak guna buat kaedah macam-macam tapi kesihatan tak jaga.

8. BERHENTI MEROKOK

Merokok juga menyebabkan lingkaran hitam dan eye bag. Penghidratan yang tidak mencukupi dan kulit kering yang dikaitkan dengan merokok adalah antara punca lingkaran hitam

9. ALMOND OIL

Kalau lepas buat cara-cara di atas dan eye bag anda kejap ada kejap hilang, urutkan bahagian bawah mata dengan almond oil. Buat aktiviti ini setiap pagi.

PANDUAN DIET MENGIKUT BERAT PERCUMA!

KLIK GAMBAR DI ATAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *