2 Tips Sentiasa Cantik Dan Bertenaga Sepanjang Hari Cara Janna Nick

Siapa yang tidak mengenali pelakon dan penyanyi manis bernama Janna Nick ini kan? Lebih dikenali menerusi lakonannya dalam drama tempatan, kini beliau juga turut membintangi sebuah drama yang menggabungkan pelakon dari Indonesia dan Malaysia. Wah! Tak lama lagi, makin luaslah nama bintang ini di persada seni seberang kan?

TIPS JANNA KELIHATAN CANTIK DAN BERTENAGA SELALU!

1. JANGAN LAYAN PERASAAN MALAS

Sudah semestinya bila berkerjaya sebagai seorang pelakon dan selebriti, mesti ada masanya bila perasaan malas tu melanda kan? Namun, bagi Janna Nick, beliau perpendapat bahawa ‘mood’ malas itu harus ditepis supaya perjalanan kariernya dapat berkembang dengan maju. Inilah contoh yang anak muda kena ikut! Kalau asyik malas saja, macam mana nak maju kan?

2. JANGAN LAYAN PERASAAN PENAT

Selain ‘mood’ malas, salah satu tips Janna Nick untuk kelihatan bertenaga dan cantik adalah untuk tidak menghiraukan perasaan penat. Memang betul, siapa yang tak penat kan? Tetapi, Janna berpegang kepada prinsip dimana apa yang tersimpan di dalam hati kita, itulah yang akan tergambar di wajah kita nanti. Kalau dalam hati kita asyik fikirkan penat saja, macam mana muka nak berseri-seri? Oleh itu, ikut tips Janna Nick ini dan mesti wajah anda akan berseri-seri bak bidadari!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *