4 Bahaya Garam Berlebihan Pada Badan – Sinar Kurus

4 Bahaya garam berlebihan

Ianya putih. Seperti kristal. Indah pada pandangan mata.Pada lidah ia mempesona. Penyedap. Memberi rasa.Tidak pada tubuh. Tidak pada kulit. Ia undang derita.Ia sebabkan kulit berkedut. Gelebeh. Penyebab tua sebelum usia.Apabila dimakan, insulin meninggi. Keradangan berlaku. Pecahkan kolagen yang jadi kunci kulit cantik.

Apabila kunci ini diganggu, kedutan pada kulit kelihatan. Garis kecil menebal. Sehingga ada yang menegur perubahan kulit.Cara singkat atasinya ialah letakkan foundation setebal tiga inci. Tempelan untuk menutup. Tapi ia tidak hilang.Kedut masih ada. Cuma terselindung. Apabila foundation hilang, serlah kembali wajah kedut itu.Tidak cukup dengan itu berlaku pula proses glycation. Cepatkan proses penuaan. Berikan wajah tua.

Wajah juga mula berminyak. Pori pori pada wajah tersumbat. Jerawat mula menjadi penghias. Begitu juga bintik bintik hitam, makin meluas jajahannya.Semua ini berlaku kerana kristal putih jernih. Beri manis pada lidah. Manis pada makanan dan minuman.Sedapnya ialah perangkap. Boleh bertukar menjadi malapetaka. Undang derita tidak kira usia.

1. Tekanan Darah Tinggi

Kesan buruk yang akan adan terima jika mengambil garam dalam jumlah yang berlebihan adalah meningkatkan tekanan darah. Natrium bekerja menahan air di dalam tubuh sehingga volume darah yang beredar akan meningkat. Peningkatan  volume darah ini akan meningkatkan lagi tekanan darah pada dinding pembuluh darah.  Inilah yang dipanggil ‘hipertensi’ atau tekanan darah tinggi.

2. Osteoporosis

Osteoporosis adalah suatu keadaan yang mempengaruhi kesihatan tulang, sehingga rapuh dan lemah. Kalsium adalah mineral utama yang memberikan sumbangan terbesar untuk kesihatan tulang. Sedangkan apabila anda masih mengambil garam dengan pengambilan yang cukup tinggi, justeru akan membuat kalsium tidak bekerja maksimum.

Wanita yang mengambil garam dalam jumlah yang tinggi akan lebih banyak kehilangan mineral tulang dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambilnya secara berlebihan.

3.Kegemukan @ Obesiti

Pengambilan sodium yang tinggi secara tidak langsung menyebabkan kenaikan berat badan obesiti. Garam akan membuatkan anda berasa haus dan akhirnya meningkatkan pengambilan cecair dalam tubuh.

Ketika anda dihambat rasa haus yang berpanjangan, anda mungkin memilih untuk minum minuman manis dan tinggi gula serta soda, berbanding air putih.

Baca Kisah Obesiti : https://goo.gl/ZdvLGd

4. Buah Pinggang

Kelebihan air dalam perjalanan darah juga akan menyekat sistem kerja buah pinggang. ‘Glomerulus’, ‘Tubulua’ yang bekerja untuk menyaring, menyerap dan mengeluarkan urine dan zat beracun akan bekerja lebih teruk kerana beban cecair yang berlebihan dalam peredaran darah. Kelebihan air ini akan membuatkan buah pinggang bekerja lebih ekstra.

Bagi buah pinggang yang normal dalam waktu yang singkat mungkin tidak akan menimbulkan apa-apa masalah. Tetapi dalam jangka waktu yang panjang, ia akan mengakibatkan kerosakan ‘glomerulonefritis’ dan buah pinggang.

Bagi pesakit buah pinggang seperti ‘glomerulonefritis’ atau sindrom nefrotik, kelebihan garam ini akan membuatkan penyakitnya menjadi semakin parah.

Cara Atasi Garam Berlebihan

Antara kaedah utama dalam mengurangkan pengambilan garam dalam sehari adalah kurangkan/berhenti makan kerepek jajan, kurangkan/berhenti makan makanan segera di luar(restoran makanan segera), sebaliknya lebihkan memasak sendiri makanan di rumah. Sudah pasti, kurangkan penggunaan garam dan tak perlu menggunakan penambah perisa (seperti Ajinomoto) ketika memasak.

One Comment on “4 Bahaya Garam Berlebihan Pada Badan – Sinar Kurus”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *