4 Tips Kekalkan Semangat Ketika Mahu Kurus

Setiap orang sangat inginkan bentuk badan kurus dan langsing kan.Ramai yang berpendapat bahawa ia akan membantu meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang apabila berhadapan dengan masyarakat.

oleh kerana keghairahan untuk kurus maka ia mengundang pelbagai keluhan kerana sudah berputus asa atas usaha yang dilakukan selama ini tidak membuahkan hasil. Sebenarnya punca gemuk dan sukar Kurus adalah disebabkan oleh kesilapan diri sendiri yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar.

4 Tips Kekalkan Semangat Ketika Mahu Kurus

1. BUAT BERSAMA

Kejayaan akan mudah tercapai apabila dibuat bersama.Bukan seorang diri. Kenapa?Di saat momentum mula menurun, kita ada kawan yang akan sentiasa beri semangat.Atau apabila sahabat makin baik progresnya kita juga terangsang untuk terus bertindak.

2. SENAMAN WAKTU PAGI

Senaman penting. Diet tanpa senaman tidak membawa ke mana.Ramai yang bersenam setelah pulang kerja. Lebih buruk apabila bersenam waktu malam.Waktu mana yang sesuai.Waktu pagi lebih sesuai kerana hormon yang keluar seperti endorfin dan serotonin boleh bantu bina semangat.

3 ELAK MAKANAN TIDAK SIHAT

 

roti canai
Selalunya aabila kita mahu cuba diet baharu, makanan tidak sihat masih bersisa di rumah.Keluarkan semuanya. Tidak perlu lagi beli makanan makanan proses.Apabila tidak ada, kita tidak akan terjerumus kembali untuk makan makanan tidak sihat.

4 BINA RANCANGAN DIET YANG REALITISTIK

Seperkara yang perlu diambil kira ialah rancang diet secara realistik.Bukan ikut suka. Bukan ikut ikutan. Sukat dengan kemampuan diri.Untuk turunkan berat badan 80% adalah psikologi. 20% adalah strategi.Kuatkan aspek psikologi. Cari teman yang saling kuat dan menguatkan. Bukan yang meruntuh.

kredot dr rizal

Jom Joint Channel Telegram Wanny : Wanny Telegram

Follow & Like FB : Wanny Facebook

Instagram : Wanny Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *