5 Cara-Cara Untuk Memiliki Kulit Selembut Bayi!

Miliki kulit selembut bayi sememangnya menjadi idaman semua orang. Sama ada yang muda atau tua, kulit perlu dijaga sebaiknya. Namun, kebanyakkan orang tidak tahu cara yang tepat untuk merawat kulit kita sehingga ia menjadi kering dan kusam!

Ikuti beberapa cara mudah ini untuk kembalikan kelembutan kulit anda!

MINYAK ALMOND

Salah satu kebaikan minyak almond yang paling famous ialah kebolehannya untuk membuatkan kulit dan rambut anda nampak menawan! Selamat digunakan bagi yang berkulit sensitif termasuklah bayi.

Anda juga boleh campurkan beberapa minyak essential seperti Myrrh atau minyak Rose untuk lebih berkesan. Jika disapukan di muka, minyak almond juga boleh melambatkan proses penuaan!

SCRUB

Scrub badan boleh didapati di mana-mana farmasi atau kedai kecantikan. Antara kebaikan scrub badan ni ialah ia mampu untuk melembapkan kulit dengan membuang sel-sel kulit yang dah mati. Apabila sel-sel kulit mati, kulit akan menjadi lembut dan anjal.

Namun, pengguna harus berhati-hati agar tidak menggunakan  scrub terlalu banyak dan tekanan hendaklah dikurangkan apabila scrub. Ini kerana amaun yang terlalu banyak dan tekanan yang kuat boleh membuatkan kulit rosak.

PELEMBAP

Pelembap boleh membuatkan kulit anda kekal lembap, lembut dan tegang. Cara-cara untuk memakai pelembap dengan betul ialah dengan memakai betul-betul selepas mandi. Dengan ini, pelembap anda akan menyerap sekali  air di muka atau badan anda.

Paling penting ialah anda tahu jenis kulit anda untuk membeli pelembap yang sepadan!

URUTAN

Urutan badan sememangnya memberikan pelbagai kebaikan sama ada dalaman ataupun luaran. Berurut mampu membantu mengurangkan ketegangan kulit dan tisu sekaligus meningkatkan nutrisi kepada sel-sel badan kita ni!

Ia juga mampu untuk melembapkan dan melembutkan kulit badan kita!

PRODUK SUSU KAMBING

Susu kambing sememangnya tinggi dengan vitamins dan mineral secara semulajadi! Sebarang produk yang berasakan susu kambing boleh digunakan untuk melembabkan dan menyuburkan kulit kita!

Manakala, lactic asid semula jadi yang ada dalam susu kambing membuatkan ia sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai masalah kulit kering!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *