5 Tips Mudah Cepat Kurus Senang Di Buat

cepat kurus

Penurunan berat badan adalah perkara paling yang paling susah nak dibuat dengan cepat. Tetapi dengan ada percaya dan usaha pasti akan berjaya itu sudah pasti akan dapatkan hasil.

5 Tips Mudah Cepat Kurus Senang Di Buat

Baru cuba 7 hari nak kurus dah mengalah, dah kalah. Bila rasa nak berhenti usaha dan percaya tu cubalah ingat balik kenapa kita cuba mulakan tanam niat dalam diri ni untuk kurus. Bila kenduri/Sambutan Perayaan pasti semua kalah dengan dugaan yang mendatang.

Kurus dengan cepat menyebabkan ketidakseimbangan hormon, kekurangan zat makanan, mengurangkan kekuatan otot, buah pinggang lemah, kerosakan kulit, rambut gugur dan stretch mark – tidak berbaloi untuk anda dapat semua penyakit ini semata-mata untuk kurus! bila kita turunkan berat badan dengan cepat kebiasaannya perlu laburkan banyak sangat duit dan bukan kita habiskan banyak duit malah kita berisiko dapat penyakit lain.

Dalam 30 hari, cukup masuk akal jika anda berjaya turunkan berat badan sehingga 4-5 kilogram dengan mengawal kalori. Turun 0-5 kilogram lemak tubuh bersamaan dengan 3.500 kalori. Jadi untuk turun 1 kilogram dalam seminggu, maka anda harus mengurangi 1000 kalori sehari.

5 Tips Mudah Cepat Kurus Senang Di Buat

1 Jangan Tahan Lapar

Nak kurus kebiasaannya kita stop makan nasi,karbo setiap hari sampai badan bergetar-getar kerana terlalu OBSES nak kuruskan badan sedangkan cara tu SALAH!

Tahukah anda usaha untuk kurus tapi tahan lapar adalah usaha yang SIA-SIA. Yup sia-sia kajian menunjukkan kurang makan akan menyebabkan metabolisma badan kita akan rendah dan menyebabkan badan kita susah untuk bekerja.Disebabkan itu usaha anda sia-sia.

2 Minum Air Putih Secukupnya

Air putih sangat-sangat penting buat kita yang nak kurus ni. Mengikut kajian keperluan badan setiap orang air putih setiap hari mengikut berat badan adalah 25kg : 1 Liter Air .

Kebanyakan percaya minum air putih banyak boleh mengakibatkan perot buncit. Salah tu, sebenarnya waktu yang betul untuk minum air putih adalah diwaktu siang hari dan kurangkan minum air putih di waktu malam melainkan kita bersenam diwaktu malam.

3 Tingkatkan Metabolisma

Mengikut kajian ada banyak cara untuk tingkatkan metabolisma badan dengan mudah dan mampu membantu menjaga kesihatan kita sekali.

1 Joging

joging merupakan salah satu cara untuk kita tingkatkan metabolisma badan kita untuk membakar lemak-lemak tepu yang susah untuk dibakar. Jika kita tidak mampu berlari untuk joging boleh hanya berjalan sahaja untuk mengeluarkan peluh. Aktiviti ini sangat membantu meningkatkan metabolisma badan. Tidak perlu buat setiap hari cuma ambil masa anda dalam masa seminggu paling kurang 2 hari sahaja.

2 Sauna

Bagi yang tiada masa untuk bersenam  boleh juga cuba cara ini hanya memerlukan masa yang singkat untuk tingkatkan metabolisma badan. Kajian menunjukkan 25% metabolisma badan akan meningkat jika kita amalkan cara sauna ini.

4 Diet(Jaga Makan)

Jangan skip makan bila waktu makan dah datang jangan lengah-lengahkan lagi. Kajian menunjukkan skip makan akan mengurangkan metabolisma badan kita dengan cepat dan boleh cenderung untuk menambahkan berat badan tanpa perlu makan salah satunya adalah disebabkan stress.

Seperti ramai yang tahu Nutrisi buah sangat membantu untuk membantu untuk kurus disebabkan oleh vitamin, mineral, serat dengan kandungan lemak yang rendah.

5 Kurang Makan Makanan Masin

Apabila kita makan sesuatu yang masin, badan kita mengekalkan sodium dari makanan itu. Kita juga akan mengekalkan air dalam badan sehingga tahap sodium dan paras air kembali seimbang. Jadi dengan kerap mengambil garam, akan menggalakkan penakungan air dalam badan kita sekaligus menyebabkan berat air.

Memandangkan garam adalah penting untuk saraf dan fungsi otot, jadi menyekat pengambilan garam sebagai strategi jangka panjang adalah tidak digalakkan

One Comment on “5 Tips Mudah Cepat Kurus Senang Di Buat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *