7 Cara Hilangkan Double Chin

double chin

Cerita pasal orang gemuk semengnya dapat sekali pakej. Perot,kaki,lengan,pipi,doublechin.

Tak perlukan produk mahal-mahal nak hilangkan double chin ni. Tak perlu pun.

Follow je step-step kat bawah ni okey.

Ready set go!

1. STICK IT OUT

  1. Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas
  2. Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5
  3. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
  4. Ulang sehingga 10 kali

2. THE KISS

  1. Sambil berdiri, dongakkan kepala sambil memandang siling
  2. Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium siling selama lima saat
  3. Relaks dan tegakkan semula kepala
  4. Buat sekali lagi sehingga 15 kali

3. NECK ROLL

  1. Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada
  2. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5
  3. Kembalikan kepala ke sisi asal
  4. Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5
  5. Ulang semula dalam masa 30 saa

4. JAW JUT

  1. Dongakkan kepala sehingga memandang siling
  2. Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu
  3. Buat kiraan sehingga 10 dan relaks semula rahang
  4. Ulang 10 kali

5. TONGUE ON TEETH

  1. Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya
  2. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah
  3. Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’
  4. Lakukan selama satu minit
  5. Relaks dan ulang sekali lagi

6. IN AND OUT

  1. Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang
  2. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi
  3. Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan
  4. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang
  5. Relaks dan ulang sehingga tiga kali

7. CHIN SLAP

  1. Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan
  2. Lakukan sehingga 30 saat

One Comment on “7 Cara Hilangkan Double Chin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *