7 Makanan Sihat Boleh Merawat Sakit Darah Tinggi

sakit darah tinggi

Darah tinggi membunuh secara senyap!

Ia pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk seluruh dunia.

Makanan yang anda makan dengan ketara ia memberi kesan terhadap tahap kesihatan tekanan darah anda; ubat-ubatan juga turut memberi impak kepada kesihatan anda keseluruhannya.

Jika berterusan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan batu karang, penyakit arteri koronari, kehilangan ingatan, serangan jantung, strok, kehilangan penglihatan, dan banyak lagi yang anda tidak jangka!

 

1) Sayur Berdaun

Buatkan untuk diri anda salad, sup, atau smoothie hijau; hanya pastikan anda makan sayur-sayuran berdaun anda setiap hari!

Sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, sawi – dan juga banyak salad mudah – semua penuh dengan kalium dan sebatian yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.

Sesetengah sayur-sayuran juga tinggi magnesium dan Vitamin C yang meningkatkan kesihatan sistem saraf dan tekanan darah.

Target untuk makan 3 cawan sayur-sayuran setiap hari, tidak kira bagaimana anda menikmatinya. Hanya elakkan memasak makanan anda dengan minyak dan lemak yang tidak sihat seperti mentega yang mana semua ini boleh mengakibatkan penyakit hati dan membawa kepada masalah jantung lebih serius.

2) Daun Saderi

Daun saderi adalah sumber semula jadi natrium tetapi ia juga salah satu makanan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.

Semua makanan semula jadi mengandungi unsur-unsur natrium; natrium adalah mineral yang terdapat di dalam tanah dan dengan itu, makanan tersebut lebih sihat.

Saderi juga tinggi dengan kalium seperti mana makanan yang berasaskan tumbuhan keseluruhannya. Kalium berfungsi terhadap sodium dan memperbaiki aliran darah dan juga mengurangkan pengekalan air yang disebabkan oleh sodium dalam badan anda.

Selain itu, saderi juga mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu alkali yang mengimbangi tahap pH darah, dan ia juga meningkatkan fungsi sistem saraf. Yang paling menarik, daun saderi boleh dinikmati sebagai snek atau penambahan rasa kepada sup, salad, dan ia boleh dijadikan jus sayur-sayuran yang sihat.

3) Pisang

Pisang terkenal dengan kandungan kalium yang tinggi tetapi ia juga mengandungi banyak nutrien lain yang memberi manfaat kepada jantung anda.

Pisang adalah sumber magnesium, Vitamin B6 dan asid amino yang juga sangat baik untuk kesihatan sistem saraf. Selain itu, ia membantu mengurangkan kebimbangan yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.

Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang menjadikannya dapat membantu untuk mengimbangi sodium dalam badan dan ia juga boleh memperbaiki kontraksi otot berdasarkan cara ia meningkatkan aliran darah.

4) Epal

Kandungan epal sangat tinggi kalium dan Vitamin C, dua nutrien hebat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Epal juga sumber besar serat dan air yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dari badan.

Adalah yang terbaik untuk memilih epal organik memandangkan epal konvensional adalah salah satu sumber racun perosak yang paling teruk. Makan satu epal sehari adalah cara yang baik untuk melindungi hati dan ia boleh membantu anda menurunkan berat badan juga!

5) Buah Beri

Buah beri juga merupakan sumber kalium, Vitamin C, dan banyak mineral lain. Kandungan serat yang tinggi menjadikannya bermanfaat untuk mengurangkan dan mencegah kolesterol tinggi, diabetes, dan penyakit jantung apabila dimakan mengikut diet yang sihat.

Ia juga merupakan sumber antioksidan yang hebat yang membantu badan berehat dan meningkatkan aliran darah. Hasilnya, ia boleh membantu membuang toksin berbahaya dari badan yang boleh menyebabkan arteri tersumbat (seperti terlalu banyak lemak atau kolesterol) dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.

Khasiat lain adalah ia hebat untuk menguruskan berat badan anda dan membantu supaya gula dalam darah anda tidak akan naik mendadak. Nikmati raspberi, beri biru, beri hitam, cranberry, dan strawberi yang segar atau beku bila-bila masa; sekurang-kurangnya 1 cawan ke dalam makanan harian anda atau jadikan makanan ringan untuk manfaat optimum.

6) Brokoli

Sayuran yang ramai orang tidak suka ini merupakan salah satu yang terbaik untuk jantung. Brokoli penuh dengan nutrien yang meningkatkan aliran darah seperti potassium, Vitamin C, Vitamin B6, dan ia juga adalah satu sumber serat.

Secawan brokoli yang sudah dimasak mengandungi 6% kalsium, 8% magnesium dan 14% potassium.

Untuk mendapatkan manfaat yang paling bagus dari brokoli, anda perlu makan mentah atau kukus. Brokoli akan didih keluar nutrien yang terkandung di dalamnya ke dalam air.

Jika anda memasak brokoli pada suhu yang tinggi, seperti memasak sup di mana anda mengambil air rebusannya untuk dimakan, anda boleh bebas memasak seperti yang anda mahu.

7) Kentang

Jika anda tidak suka kentang kerana ia sumber semulajadi karbohidrat kompleks, anda sudah terlepas salah satu makanan yang paling sihat di planet ini. Kentang adalah sumber kalium yang baik dan kandungan dalam kentang adalah tiga kali lebih banyak berbanding pisang!

Ia juga mengandungi lebih tinggi Vitamin B6 dan zat besi berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia merupakan satu pakej dengan magnesium, copper, dan zinc sebagai bonus. Semua kentang adalah sumber nutrien yang baik, termasuk jenis kentang putih yang ramai orang mengelak untuk makan.

Jika anda mempunyai paras gula darah yang sensitif, utamakan untuk makan kentang merah, kentang ungu, atau sweet potato yang mempunyai lebih banyak serat dan kurang gula untuk setiap hidangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *