7 Pengorbanan Isteri Yang Suami Tak Nampak

Ada juga pelbagai perangai pelik si isteri ini yang kadang-kadang pening kepala si suami nak layan. Tapi, si isteri ini jugalah hadiah yang paling tak ternilai buat si suami.Tabiat macam sikit-sikit asyik nak call suami, berpura-pura comel dan lemah bila nak minta tolong suamilah. Namun, tanpa isteri, rasanya tak terurus langsung suami ini! Kitalah yang kemas dan basuh baju, memasak dan bagi sekeluarga makan ikut waktu. Kita jugalah sumber bila nak cari mana barang yang hilang.

Free Auto Backlink Malaysia

7 Pengorbanan Isteri Yang Suami Tak Nampak

1. SAKIT BERSALIN

Kesakitan bersalin adalah kesakitan yang begitu sukar digambarkan sampai ada yang sampai fobia dan takut untuk hamil lagi. Malah dalam sesetengah kes, mereka tergolong dalam kategori berisiko dan perlu menjarakkan kehamilan seterusnya. Tapi, ada suami yang buat endah tak endah dan tidak mengambil berat hal merancang kehamilan. Sudahnya, si isteri juga yang perlu menanggung kesakitan seorang diri.

2. Kesusahan Semasa Hamil

mengandung sarat

Awal kehamilan, rasa tak selera, loya, mual, muntah-muntah, diikuti dengan sakit belakang, sukar tidur, dan bengkak kaki. Semua ini bukan saja menjejaskan kekuatan fizikal mereka, tetapi juga boleh menjejaskan emosi. Oleh itu, janganlah menganggap mereka mengada-ada, malas, atau ‘lembek’ jika mereka kelihatan tidak bermaya.

Dalam tempoh itu juga, ramai isteri yang pergi menjalani check-up bulanan seorang diri dengan alasan suami tak ada masa. Tak apalah kalau tak ada masa, tapi sekurang-kurangnya tunjukkanlah keprihatinan dan bertanyalah tentang keadaan kesihatan isteri dan bayi dengan lebih kerap.

3. Buat Semua Kerja Rumah

isteri buat kerja rumah

Tidak kiralah sama ada isteri seorang surirumah atau bekerja, mereka hanya mahu memberi layanan yang terbaik dan memastikan semua urusan dapat berjalan lancar. Semua ini dilakukan tanpa mengira masa dan ramai suami tidak menyedarinya. Bila rumah kemas, tak ada siapa berterima kasih padanya. Tapi, bila ada yang tak kena, mulalah kedengaran suara-suara.

Baca Lagi : 5 Sebab Anda Mudah ‘Naik Angin’ & Berperangai Pelik Ketika Lapar

7 Pengorbanan Isteri Yang Suami Tak Nampak

4. MENYUSUKAN ANAK (breast feeding)

Sanggupkah mereka menyusukan bayi 2 jam sekali, menahan diri daripada makanan kesukaan, dan mengepam secara rutin setiap hari? Itupun belum masuk melakukan segala persediaan untuk menyimpan stok susu perahan. Kalau tak disiplin, susu badan boleh drop dan bengkak susu boleh terjadi.Puting melecet? Jangan ceritalah.

Ibu menyusu juga sebenarnya tak pernah dapat tidur yang cukup setiap malam. Awalnya memang rasa susah sangat. Tapi bila dah lama-lama, rasa terbiasa

Baca Lagi : 8 Sebab Masih Senggugut Tetapi Tiada Haid Dan Cara Mengatasi Sakit

7 Pengorbanan Isteri Yang Suami Tak Nampak

5. MENDAHULUKAN KERJAYA SUAMI

kejayaan suami

Bila anak sakit, isterilah yang selalu minta cuti dan jaga anak di rumah. Bila suami terpaksa berpindah ke tempat yang jauh, isterilah juga yang biasanya akan mengalah dan mengorbankan cita-cita demi mengikut suami.Ramai isteri sanggup tinggalkan semuanya demi melihat suami mereka berjaya

6. Tiada Masa Untuk Diri Sendiri

Semua masa dan tenaga kalau boleh mahu dicurahkan buat anak dan suami. Sekali-sekala, berilah peluang isteri pergi ke kedai atau shopping barang rumah sendiri. Itupun dah rasa macam dapat pergi bercuti! Isteri dah tak kenal apa itu hobi dan kenalan lama tak lagi dihubungi.

Baca Lagi : 5 Sebab Wanita ada BFF Selepas Berkahwin

7. MERAHSIAKAN KESUSAHAN DARIPADA SUAMI

Tak dinafikan semua wanita tidak mahu kelihatan ‘lemah’ di samping suami. Masing-masing tak mahu membebankan suami. Semuanya nak buat sendiri, hantar anak ke sekolah, uruskan makan minum, dan kalau boleh bil-bil pun mahu ditanggung dengan kudrat sendiri.Tapi demi anak-anak, isteri tetap akan bersabar dan berusaha lagi keesokan harinya, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

PANDUAN DIET MENGIKUT BERAT PERCUMA!

KLIK GAMBAR DI ATAS

 

Follow & Like FB : Wanny

Instagram : Wanny

One Comment on “7 Pengorbanan Isteri Yang Suami Tak Nampak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *