7 Tanda Kolestrol Badan Dalam Paras bahaya

kolestrol

Kolestrol adalah lemak yang terdapat di dalam aliran darah atau sel tubuh yang sebenarnya dibutuhkan untuk pembentukan dinding sel dan sebagai bahan baku beberapa hormon. Namun apabila kadar kolestrol dalam darah berlebihan, maka bisa mengakibatkan penyakit, termasuk penyakit jantung koroner dan stroke.

7 Tanda Kolestrol Badan Dalam Paras Bahaya
  1. Kaki sering berasa kebas
    Ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.
  2. Mudah letih dan cepat mengantuk
    Peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini
    menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.
  3. Senak dada sebelah kiri
    Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi.
  4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher
    Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  5. Kaki membengkak
    Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak)
    Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.
  7. Tanda kuning mudaPada tengah atau hujung kelopak mata
    merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.

5 Comments on “7 Tanda Kolestrol Badan Dalam Paras bahaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *