7 Tips Nak Kurus & Diet Masa Bulan Puasa

diet puasa

Puasa Ramadhan seolah-olah menghalang diri daripada makan dan minum dan semua tindakan yang boleh membatalkan puasa, dari subuh hingga terbenam matahari terbenam pada bulan Ramadan. Undang-undang puasa Ramadan wajib bagi umat Islam. Umat ​​Islam juga mahu menahan diri daripada menipu, membawa perkataan yang tidak baik atau sia-sia, dan bertengkar. Ini kerana puasa adalah senaman untuk menanam kesabaran, kejujuran dan unsur-unsur dalam. Secara tidak langsung amalan berpuasa akan menyuburkan sikap seseorang.

7 Tips Nak Kurus & Diet Masa Bulan Puasa

1. MINUM 8 GELAS AIR KOSONG

Semasa bulan puasa ini, kita mempunyai masa yang terhad untuk mencukupkan keperluan air kosong. Seeloknya, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan terhadkan 2-3 gelas saja pada waktu sahur kerana cara ini lebih berkesan untuk mengekalkan hidrasi tubuh.

Kalau ikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, cadangan mencukupkan 8 gelas air sehari adalah seperti ini:

  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur
Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

2. BELAJAR KIRA KALORI ANDA

Apa yang kita tahu tentang kalori? Kalori makanan adalah unit untuk mengukur tenaga untuk badan setiap hari. Betulkah setiap kalori yang dikira itu benar? kalau betul mengikut berat dan umur badan memang betul kalori yang diperlukan tetapi kalau umur 45 tahun ikut kalori umur 20 tahun adakah betul?

Baca Lagi : Belajar Kira Kalori makananYang Diperlukan Badan

kira kalori

3. AMBIL PROTEIN MENCUKUPI

Semasa sahur, jangan lupa tambahkan pengambilan protein untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Telur putih, daging bakar, ikan stim / asam pedas, atau ayam kukus adalah pilihan terbaik untuk orang yang berdiet. Kalau setiap kali sahur makan overnight oatssaja tentu bosan.Tak salah makan nasi, mee atau bihun, cuma kuantitinya biarlah sederhana dan cara masakannya perlulah diperhatikan. Dalam segenggam saja sepatutnya cukup untuk keperluan harian.

Kalau boleh, elakkan juga makanan masin semasa sahur kerana ia boleh menjadikan kita cepat haus.

4. JANGAN TINGGAL SAHUR

Walaupun tinggal sahur boleh mengurangkan pengambilan kalori, tetapi ia adalah amalan yang tidak sihat. Malah, ia cenderung menyebabkan kita makan lebih banyak semasa berbuka.

Lagi pula, amalan bersahur adalah sunnah dan amat digalakkan dalam Islam walaupun hanya dengan buah kurma.

5. JANGAN TIDUR SELEPAS SAHUR/BERBUKA

Inilah antara sebab kita susah nak kuruskan badan di bulan puasa. Selalunya kita akan tidur dalam masa terdekat selepas bersahur. Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari. Malah, ia mengganggu sistem pencernaan dan boleh mengundang pelbagai penyakit jika kerap menjadi amalan. Sekurang-kurangnya, tunggu 1.5 hingga 2 jam untuk perut memproses makanan sebelum tidur.

6. GANTIKAN SNEK SIHAT

Kalau terasa nak minum minuman manis, buat sendiri smoothie buah-buahan tanpa gula. Kalau terasa nak kunyah-kunyah, makan kekacang sihat tanpa garam seperti almond,kacang badam, atau buah-buahan kering – kismis, kurma, aprikot, buah tin, dan sebagainya. Bagus juga kalau buat salad buah-buahan dan sayur.

Menurut kajian di Universiti Tokyo, buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan kandungan air dapat membantu seseorang cepat kenyang dan makan dalam kuantiti yang kurang. Antara contoh buah-buahan dan sayuran itu adalah:

  • Brokoli
  • Kobis / kobis bunga
  • Tembikai
  • Bayam
  • Timun
  • Epal
  • Strawberry
  • Pear

7. KEKAL AKTIF

Berpuasa bukanlah alasan untuk kita tidur dan bermalasan sepanjang hari. Walaupun tidak bersenam, cuba sedaya upaya untuk mengekalkan aktiviti harian dengan melakukan kerja rumah, bergotong-royong, membantu ibu ayah, dan sebagainya.

Di samping merebut pahala, sebenarnya solat tarawih juga dapat membakar kalori. Ia dapat meringankan tubuh yang ‘berat’ selepas diisi pelbagai makanan semasa berbuka. Malah, menurut Kevin Zahri, ia mampu membakar hingga 200-300 kcal bergantung kepada durasi dan suhu masjid.

Kredit : Nazurah Hassan

Jom Joint Channel Telegram Wanny : Wanny Telegram

Follow & Like FB : Wanny Facebook

Instagram : Wanny Instagram

 

One Comment on “7 Tips Nak Kurus & Diet Masa Bulan Puasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *