7 Tips Pilih produk kurus

Sering keliru dan buntu nak cari produk yang betul-betul berkesan di online mahupun online. selalunya saya tahu anda tercari-cari produk kurus atau kurangkan berat badan di merata-rata tetapi macam mana nak tahu produk tersebut adalah produk terbaik bagi diri kita dan bersesuaian. Ada kawan yang cadangkan cuba produk ni produk tu tapi masih tidak turun.

Hari ni saya nak share 7 Tips pilih produk kurus

1. Kaji Kos Pengambilan

Anda sering terkeliru antara kos pengambilan produk dengan kos produk. sebagai contoh kos produk adalah RM200 sekotak dan untuk bekalan selama 1 bulan. Jadi Kos pengambilan anda adalah RM200/30 hari = RM6.60 sehari adalah kos pengambilan anda. Anda boleh kira sendiri sama ada kos ini berbaloi atau pun tidak dengan duit yang kita keluarkan.

 

2. Jangan Mudah Terpedaya

Kita sering diperdaya dengan “headlines” atau dakwaan “sebelum dan selepas”. Saya nasihatkan baca label dan penerangan produk dengan berhati-hati dan buatlah juga kajian mengunakan google yang paling mudah. Buat pilihan bijak untuk memilih produk yang lulus dan berkesan untuk diri kita sendiri bukan untuk orang. Perlu faham perbezaan produk kurus dan produk cuci usus kesannya berlainan.

3. Periksa tarikh Luput.

Ini sangat penting tau, setiap kali nak membeli produk pastikan tarikh luput sekurangnya 6 bulan ke atas. Nanti dah beli tengok tarikh luput seminggu aje nak naya tuh , tak sempat nak kurus kang lain pulak jadinya.

4. Periksa Bahan-Bahan Produk.

Jangan mudah membeli tanpa usul periksa dulu bahan kandungan di dalam produk. Tanya dahulu dengan penjual dapatkan maklumat sepenuhnya dan bila sudah puas hati dengan jawapan baru boleh dipertimbangkan. Ingat tau jangan cepat buat keputusan semata-mata tengok testimoni tapi periksa dahulu supaya tidak menyesal kemudian hari.

Lagi satu dah tahu bahan-bahan produk tu cubalah tanya kelulusan KKM dan Halal adakah ada, jika ada cuba minta no kelulusan untuk kita sebagai pengguna memeriksa terlebih dahulu keselamatan kita ni kan.

5. Jangan Terlalu Percaya pada kata-kata penjual.

Ada penjual yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai cara diet yang sesuai. Mereka bukan pakar kesihatan dan motif utama adalah untuk menjual barang. Oleh itu hati-hati dan tapislah tiap apa yang diberitahu oleh penjual dan buat juga kajian sendiri.

6. Cari Kualiti berbanding Kuantiti.

Banyak tak semestinya berkualiti , kena ingat tu. Jangan terpengaruh dengan kuantiti yang banyak dalam sesuatu produk. Carilah produk yang berkualiti dan kita pasti puas hati dengan hasilnya nanti.

7. Dapatkan tawaran yang bijak

Jika anda telah berpuas hati dengan segala maklumat yang diberikan , dapatkan tawaran yang bijak secara terus dengan penjual. Kira kos anda dan tentukan sama ada berbaloi atau tidak.

PANDUAN DIET MENGIKUT BERAT PERCUMA!

KLIK GAMBAR DI ATAS

 

 

2 Comments on “7 Tips Pilih produk kurus”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *