8 Bahayanya Diet Atkins

8 Bahayanya Diet Atkins

Mungkin ada yang celaru sama ada ingin meneruskan diet sebegini atau menghentikannya. Sebaik-baiknya amalkanlah pengambilan diet yang seimbang yang cukup semua nutrisi. Apa yang penting kawal pengambilannya dan berdiet usahlah terlalu ketat semata-mata ingin kurus dengan cepat. Kesannya nanti pasti membuatkan diri sendiri merana dan menyesal. Baiklah, apa yang akan terjadi sekiranya diet ini dilakukan secara berlebih-lebihan?

1. Komplikasi kesihatan

Kesan sampingan buruk dari diet cara ini memang dapat menurunkan berat badan namun begitu ia terkait dengan komplikasi kesihatan lainnya seperti ketosis, penyakit jantung dan kanser di samping penyebab kepada meningkatnya kadar kolesterol yang tinggi.

2. Lebihan lemak berkumpul dalam tubuh

Karbohidrat terdiri dari tiga elemen, iaitu karbon dioksida, hidrogen, dan oksigen.  Mereka yang mengamalkan diet karbohidrat mendapat tenaga dari sumber makanan yang tinggi protein dan lemak. Jika ini berlarutan, maka kesannya kadar protein dan lemak akan meningkat dalam tubuh.  Pengamal diet seperti ini akan merasakan kenyang lebih lama kerana pengambilan lemak yang berlebihan disimpan di dalam tubuh.

3. Berat badan sukar untuk diturunkan kembali

Diet ini memberikan hasil yang menakjubkan kerana pada enam bulan pertama berat badan akan turun dengan drastik. Namun setelah enam bulan berikutnya, berat badan hanya akan turun sedikit bahkan cenderung susah untuk diturunkan kembali. Kebarangkalian ia tidak akan berkesan ke atas tubuh, sebaliknya membuatkan seseorang itu lebih bertambah gemuk dari berat yang asal. Walaupun begitu, berbanding jika seseorang itu berdiet dengan gizi yang seimbang, penurunan berat badannya mampu turun dengan perlahan dan mengambil sedikit masa yang agak lama tetapi masih kekal dan penurunan yang berlanjutan. Hal ini kerana pengambilan gizi makanannya yang seimbang dan terjaga.

4. Dehidrasi

Selain penurunan berat badan yang drastik, diet ini juga mampu menyebabkan dehidrasi. Ini kerana air juga turut dikeluarkan. Biasanya target utama dalam diet adalah penurunan lemak, namun pada diet karbohidrat, air cenderung dikeluarkan. Akibatnya jika terlalu banyak cairan tubuh yang keluar, maka seseorang itu mengkin akan mengalami dehidrasi.

5. Gangguan ginjal

Diet seperti ini boleh menyebabkan gangguan pada fungsi ginjal. Seseorang yang melakukan diet ini untuk waktu lama mempunyai risiko mendapatkan masalah ginjal, batu ginjal, dan jika keadaan semakin parah seseorang itu akan mengalami kegagalan fungsi ginjal. Diet ini juga akan menyebabkan si pengamalnya minum air dengan banyak air kerana mengharapkan agar proses penyahtoksik dapat berjalan dengan lancar. Tindakan mengambil air secara berlebihan juga sebenarnya turut memberikan kesan buruk kerana ia akan memaksa dan membebani ginjal untuk bekerja dengan lebih keras.

6. Osteoporosis

Apabila sumber protein diambil dengan banyak, maka secara tidak langsung ia akan meningkatkan tindak balas asid amino dalam tubuh. Oleh itu, seiring dengan waktu, jika pengambilan gizi dan diet makanan tidak diambil secara seimbang dan teratur, maka lama-kelamaan jumlah kalsium di dalam gigi dan tulang juga akan semakin berkurangan sehingga menyebabkan kedua-duanya jadi lemah dan reput. Jadi, dengan menambahkan khasiat kalsium ia dapat membantu mengurangkan kesan sampingan terhadap diet tinggi protein sehingga jangka masa yang tertentu.

7. Gangguan pencernaan

Pengambilan tinggi protein akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih kenyang dalam waktu yang lama. Maka, secara tidak langsung ia akan mengurangkan nafsu makan. Makanan dengan protein tinggi biasanya tidak mengandungi serat yang tinggi. Oleh itu, pengambilan makanan yang rendah serat dapat menyebabkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem pencernaan terutamanya sembelit.

8. Alahan

Akibat sampingan lain dari diet ini ialah tekanan darah tinggi (hipertensi) dan memberi kesan ke atas sistem kekebalan tubuh seperti alergi (alahan) mungkin disebabkan oleh pengambilan protein yang berlebihan, keracunan dan penggunaan bahan kimia dalam bahan makanan tertentu.

Sedarkah kita bahawa tidak semua diet itu sesuai dengan tubuh badan masing-masing. Mungkin ada yang berdiet ketat tetapi berat langsung tidak berkurangan, malahan bertambah gemuk. Tidak kurang juga yang berdiet dan kembali langsing dan kurus. Malangnya kesihatan dalaman dan sistem pencernaan sering terganggu. Jadi, sebelum memilih diet yang sesuai untuk diikuti, pastikan anda dapatkan pandangan dari pakar diet dan pemakanan terlebih dahulu supaya anda dapat kurus dan sihat dalam masa yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *