8 Sebab Masih Senggugut Tetapi Tiada Haid Dan Cara Mengatasi Sakit

TIPS BERKESAN HILANGKAN SENGGUGUT

Siapa yang pernah merasai senggugut tapi masih tidak period walaupun sudah seminggu. Rasa risau dan sakit memang tak tahu nak buat apa. Ramai wanita mangalami ‘missed period’ sekali sekala, walaupun mereka pasti ia bukan berpunca dari kehamilan, hampir semua wanita meluahkan perasaan risau bila haid mereka lambat. Mereka akan lebih bimbang jika mereka masih mengalami rasa ‘period pain’ walaupun haid tidak datang.

8 Sebab Masih Senggugut Tetapi Tiada Haid

Ovulasi Lewat

Haid menjadi lewat kerana ovulasi terjadi lewat dan sakit perut yang anda rasa cuma sebahagian dari PMS iaitu sindrom sebelum haid.

Kehamilan.

Jika sakit anda dialami sekitar masa haid tetapi tiada pendarahan berlaku, ada kemungkinan besar bahawa anda hamil. Semasa peringkat awal kehamilan, implantasi berlaku di mana janin mula melekat pada dinding rahim. Pada masa ini anda mungkin mengalami sedikit rasa seperti senggugut. Ujian kehamilan yang dibuat 1 minggu selepas itu selalunya akan menunjukkan tanda positif.

 

Kehamilan Ektopik.

Anda hamil tetapi kandungan anda berada di dalam salur peranakan. Ia boleh menyebabkan rasa sakit tanpa sebarang pendarahan faraj.

Menopos.

Selalu terjadi pada lewat usia 40’an. Ia bermula dengan kitaran haid yang tidak teratur beberapa bulan sebelumnya. Anda mungkin masih mempunyai rasa senak walaupun haid anda tidak datang.

 

Terlalu Kurus

Masalah gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia boleh menyebabkan haid anda terhenti sama sekali dan ia sering disertai dengan masalah sakit pada perut.

Sista Ovari

Kehadiran Sista Ovari boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menghalang haid anda dari terjadi. Ia juga boleh menyebabkan perut senak.

 

Kanser Ovari

Barah pada ovari juga kerap dikaitkan dengan haid yang tidak teratur atau lewat yang diikuti dengan rasa senak pada perut.

Stenosis Serviks atau Serviks Tersumbat

Keadaan berlaku pada liang serviks menjadi sempit dan darah tersekat dalam rahim. Ini jarang terjadi dan kerap disebabkan oleh komplikasi pembedahan pada pangkal rahim seperti biopsi KON.

5 Cara Mengatasi Sakit

  1. Berbaring dan berehat apabila berlaku senggugut
  2. Urut perut anda ubat angin
  3. Melakukan senaman, termasuk senaman regangan.
  4. Mengambil ubat seperti naproxen atau ibuprofen.
  5. Mandi air panas atau meletakkan pad suam pada perut

PANDUAN DIET MENGIKUT BERAT PERCUMA!

KLIK GAMBAR DI ATAS

 

One Comment on “8 Sebab Masih Senggugut Tetapi Tiada Haid Dan Cara Mengatasi Sakit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *