8 Tips Gaya Hidup Boleh Membantu Turunkan Berat Badan Anda

8 Tips Gaya Hidup Boleh Membantu Turunkan Berat Badan Anda

1 Minum Lebih Air Putih

Air putih ataupun kita panggil Air Masak ini bukan sahaja mampu menurunkan berat badan malah mampu membantu membuang toksin badan.

Malah air putih juga boleh membantu meningkatkan metabolisma badan agar bekerja secara optimise

2 Makan Sebiji Epal Sehari

Kenapa Epal? ini kerana epal mempunyai pectin yang tinggi, sejenis serat yang boleh membantu anda menurunkan berat badan

Epal juga bantu mengurangkan tahap gula dalam darah dan membantu penghadaman

3 Hati-hati Memilih Bijirin Anda

Bijirin yang bagus untuk breakfest yang selalu saya amalkan adalah FITNESS seperti gambar dibawah

Paling best adalah perisa madu ya. Cuba semangkuk oatmeal sebagai sarapan pagi menggantikan roti bakar, atau kuih muih. Anda akan terkejut, betapa mudahnya oatmeal boleh membuat anda kenyang, dan ia penuh dengan nutrien yang meningkatkan tahap mood dan tenaga anda juga!

4 Tidur Yang Cukup

Tips yang ke empat adalah rehat dengan secukupnya ya. Badan yang sihat, rehat yang cukup dapat membantu mengurangkan berat badan secara semula jadi taw

5 Amalkan Diet Seimbang

Diet yang seimbang bukanlah bermak tidak makan nasi langsung. Badan anda memerlukan keseimbangan karbohidrat, lemak, dan protein untuk berfungsi pada tahap metabolisma yang optimum

Pilihlah Buah atau yogurt di waktu pagi sangat-sangat bagus dan sangat membantu menurunkan berat badan.

6 Kurangkan Gula

GULA merupakan penyebab utama berat badan meningkat ini kerana GULA tidak memberikan nutrisi dan kalori langsung untuk badan kita.

Jadi pilih buah dan yogurt merupakan pilihan terbaik

7 Kawal Pengambilan Lemak 

Pengambilan Lemak yang berlebihan merupakan pendorong juga meningkatkan berat badan.

Hal ini kerana perot kita hanya memerlukan sedikit lemak sahaja.Mengambil terlalu banyak lemak juga boleh menyebabkan kita lebih sukar untuk makan serat yang cukup, dan serat adalah salah satu daripada nutrien yang paling penting untuk diambil bagi penurunan berat badan yang optimum.

Kurangkan makanan berlemak akan membantu mengurangkan berat badan secara semula jadi

8 Buat Senarai Runcit Yang Menyokong Usaha Anda

Buat sesuatu dengan tindakan ya jangan hanya berkata dibibir “Esok saya nak diet” dan bila datangnya hari esok akan timbul perkataan yang sama.

Kenalpasti apa menu diet anda setiap hari. Senaraikan dalam note dan jadikan makanan tersebut sebagai amalan seharian kita ya.

Ingat bahawa penurunan berat badan bukan berlaku dalam sekelip mata. Proses tersebut perlukan masa. Untuk tidak membebankan anda, cara paling mudah adalah ubah gaya hidup anda ke arah lebih baik.

Bermanfaatkan? takut terlupa nak buat atau tak mahu tertinggal dengan tips-tips bagus jangan lupa share artikel ni ya

One Comment on “8 Tips Gaya Hidup Boleh Membantu Turunkan Berat Badan Anda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *