Diet Apple Ini Akan Membuatkan Anda Turun Berat 2kg Seminggu

apple

Percaya atau tidak ,apple hijau yang nilainya tidak sampai berapa ringgit mampu menjadikan anda seperti model terkenal?Nak tahu macam mana apple hijau boleh menjadikan anda seperti model? jom baca artikel dibawah..

Ramai yang tahu kebaikan apple hijau bagi yang ingin kuruskan badan tetapi tidak ramai yang mengamalkannya. Ini telah terbukti apabila seringkali  kita mendengar nasihat dari doktor atau membaca papan tanda kesihatan yang menyarankan ‘an apple a day, keeps the doctor away’.

Apple secara amnya, terbahagi kepada 2 jenis iaitu apple hijau dan apple merah. Ramai yang mengesyorkan memakan apple hijau untuk mengurangkan berat badan. Persoalannya, apakah kandungan yang terdapat di dalam apple hijau yang membuatkan ramai orang menyarankan agar memakannya untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing.

Apple hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith apple. Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrient tambahan serta mengandungi kalori yang rendah. Kalori bagi sebiji epal 154 g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.

Apple hijau  juga sangat efektif untuk menurunkan berat badan,jika makan sebiji apple yang berukuran sederhana 15 minit sebelum makan boleh mengawal nafsu makan yang tinggi.

JADI APA ITU DIET APPLE HIJAU?

apple hijau

Kelebihan Apple Hijau

  • Mengandungi Karbohidrat

Apple hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g Apple. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

  • Makanan tinggi serat

Sebiji apple mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman didalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, Apple hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.

  • Kaya dengan sumber mineral dan vitamin

Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.

Kesimpulannya, apple hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.. Walau bagaimanapun, apple hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.

Jadi, bagaimana untuk turunkan berat badan 2kg seminggu dengan diet epal hijau ini? Jom lihat menu diet saya dengan apple hijau. 

CARA DIET APPLE HIJAU

( Ini yang saya sedang praktiskan sekarang, dan saya dah turun banyak 4 kilo dalam masa sebulan dengan diet ini. )
SARAPAN: Oatmeal dan Low Fat Milk

Snek 10.00 pagi: Jus Apple Hijau

Lunch: Jus Apple Hijau

Snek Pukul 3: Jus Apple Hijau

Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam ) , Sup Sayur,  Nasi (sikit je tau) 

10 malam sebelum tidu : Jus Apple Hijau 

* Minum air masak al least 3 liter satu hari. Anda akan mengalami penurunan 1 @ 2kg seminggu.

p/s : Tapi perlu ingat, jus apple ni di blend sendiri, tak perlu tapis sebab fibernya yang akan buat kita rasa kenyang .Ia juga amat sesuai untuk semua lapisan, lelaki dan juga perempuan.

4 Comments on “Diet Apple Ini Akan Membuatkan Anda Turun Berat 2kg Seminggu”

  1. I see you don’t monetize your page, don’t
    waste your traffic, you can earn extra cash
    every month because you’ve got high quality content.
    If you want to know how to make extra money, search for: Boorfe’s
    tips best adsense alternative

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *