Kempiskan Perut Dalam Masa 2 Hari

Seperti mana yang kita tahu,masalah perut boroi atau buncit adalah perkara paling ditakuti oleh lelaki dan juga wanita. Salah satu faktor bagi mereka yang mengalaminya adalah disebabkan lemak yang berlebihan disekitar perut serta minum air bergula secara berlebihan.Kebiasaannya kaum  lelaki lebih cepat mengalami masalah perut buncit kerana cara permakanan  mereka tidak terkawal berbanding kaum wanita.

 

Jadi untuk mengatasi masalah ini,saya ingin berkongsi petua kempiskan perut dengan cepat dan selamat 🙂

Petua 1 (Daun lidah buaya dan asam jawa)

Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.

 Petua 2  (Asam jawa)

Bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman. Minum pada keesokkan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya.

Petua 3 (Limau nipis dan kapur sirih)

Perah air limau nipis dan letak sedikit kapur sirih gaul sehingga sebati. Selepas itu lumur pada bahagian perut dan balut perut itu dengan bengkung. Lakukan amalan itu sebelum tidur.( Tapi jangan guna kapur terlalu banyak tau.Takut awak-awak semua tak tahan panas.Buat sikit-sikit dulu ye J )

Petua 4 (Teh cina dan limau nipis)

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dengan air panas serta campurkan dengan air  limau nipis. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur.

Petua 5 (Limau nipis & air)

Ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk. Amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya. Untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat.

                                                                                                                                                                                                              Petua 6 (Teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah asli)

Setiap kali selepas makan tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, anda hendaklah amalkan meminum teh hijau dan kalau inginkan kelainan tambah serbuk kayu manis atau madu lebah untuk melihat kesannya dengan lebih cepat.

Jadi tunggu apa lagi..jom kita amal 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *