Kurus Tidak Bermakna Sihat

Orang kurus tidak semestinya bermakna sihat. Ini kerana, lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas (yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar)sama bahayanya sengan dengan lemak yang menjadi sebahagian daripada bentuk badan orang gemuk.Kurus Tidak Bermakna Sihat ya

Bahaya Kesilapan Berdiet

Menurut Kajian, “kurus tidak bermakna secara automatik kita tidak gemuk”. ,Menurut data kajian, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar, mereka kelihatan kurus.

Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.

Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih sihat dan aktif, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif.Namun begitu, berita baiknya, lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau atau memperbaiki pengambilan diet.

Orang Kurus Sering Berasa Sihat

Menurut kajian“Jika mahu kelihatan kurus, diet sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup yang paling penting”.

Daripada 800 responden, kajian mendapati 45% yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 yang mempunyai lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu, 60% adalah lelaki.

Senario ini dinamakan TOFIs (Thin Outside, Fat Inside). “Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya”, kata beliau.

kolestrol

Bahaya Lemak Pada Bahagian Organ Dalaman Tubuh

Mengikut kajian berkata, pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung dan diabetes.

Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat badan kimia yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.

Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes dan tidak berisiko pada serangan jantung. Mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak ‘tersimpan’ yang memeranjatkan.

Jadi, orang yang nampak kurus pun tak boleh mengabaikan kesihatan diri tau. Kurus yang sihat adalah gabungan pemakanan yang seimbang, senaman serta cara hidup dan pergaulan yang baik.

Share Post Ini Untuk Bantu Lebih Ramai Orang Kurus Yang Anggap Sihat Tu

5 Comments on “Kurus Tidak Bermakna Sihat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *