Mudah Hilang Ingatan Jika Perut Buncit

KEGEMUKAN merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di seluruh dunia.Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang yang tidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit termasuk jantung dan darah tinggi.

Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.

Saintis mendapati, orang yang ada banyak lemak pada perut mempunyai kadar protein lebih rendah, yang turut menentukan sejauh mana hati dapat memproses lemak.

Unsur dipanggil PPARalpha mengawal pemprosesan lemak dalam hati, selain berada dalam pusat ingatan otak – hippocampus – serta mengawal deria ingatan dan keupayaan belajar. Apabila seseorang itu mempunyai berat berlebihan, mereka mula kehilangan PPARalpha di bahagian hati dan seterusnya di seluruh anggota tubuh, termasuk otak. Dalam satu kerjasama dengan Institut Kesihatan Kebangsaan, saintis saraf di Universiti Medical Centre, di sini, percaya penemuan mereka akan membawa kepada ubat membantu mempertingkat keupayaan belayar dan daya ingatan golongan nyanyuk.

Dr Kalipada Pahan dari pusat perubatan Universiti Rush berkata: “Kita perlu untuk memahami lebih mendalam bagaimana lemak mempengaruhi daya ingatan dan keupayaan belajar untuk membangunkan cara melindungi ingatan dan keupayaan belajar.

PANDUAN DIET MENGIKUT BERAT PERCUMA!

KLIK GAMBAR DI ATAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *