Neelofa Ucap Terima Kasih Pada Mufti, Tiada Permohonan Maaf Lagi

Walaupun tanpa kata maaf diucapkan di bibir jutawan muda, Neelofa namun beliau berterima kasih diatas teguran ikhlas dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Neelofa Ucap Terima Kasih Pada Mufti, Tiada Permohonan Maaf Lagi

“Saya anggap ia satu teguran dan nasihat yang mendamaikan dari seorang pakar kepada saya. Saya sangat menghargainya. Saya dan team NH mengambil berat setiap nasihat dan cadangan yang diutarakan oleh pihak Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri itu”

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa, memberikan kritikan dan cadangan dalam keadaan saya berhadapan dengan situasi tidak diduga sebegini. Hanya ucapan terima kasih mampu saya hulurkan,” jelasnya.

Neelofa berkata, beliau akan cuba berusaha memperbetulkan kekusutan dan kekeliruan yang tercetus dengan cara yang terbaik. Terdahulu Neelofa enggan mempedulikan nasihat dan teguran netizen mengenai tindakannya.

nealofa boikot

Kata-kata itu sekaligus menambahkan lagi kemarahan orang terhadap beliau yang tidak mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Sehingga kini setelah beberapa teguran dari agamawan, Neelofa masih belum memohon maaf.

Neelofa Ucap Terima Kasih Pada Mufti, Tiada Permohonan Maaf Lagi

nealofa boikot

Baca Lagi Disini : 7 Pengorbanan Isteri Yang Suami Tak Nampak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *