Petua Untuk Hilangkan Sakit Badan & Buang Angin Serta Rasa Segar

Kita selalu ada sakit-sakit badan. Kita selalu bersin. Kita selalu keluar tahi mata dekat mata. Kita selalu rasa kebas kaki. Kita selalu rasa malas atau lenguh-lenguh badan. Adakalanya kita rasa seronok atau rasa takut atau bimbang secara tiba-tiba. Adakalanya badan kita rasa ringan dan bersemangat. Adakalanya bibir kita pecah-pecah dan rasa sangat kering. Adakalanya kita rasa telinga berdengung.
Dan macam-macam lagi.

PETUA HILANGKAN SAKIT BADAN, ANGIN, SEMBELIT & KEBAS KAKI TANGAN

BAHAN-BAHAN

  • halba 1 bungkus (50sen)
  • halia
  • serai
  • air 3 gelas besar
  • 1 sudu asam jawa

CARA-CARA

Ini adalah cara membuatnya. Mudah saja.

1. REBUS

Pertama sekali, rebuskan semua bahan bertanda * di dalam periuk. Tunggu hingga mendidih.

2. CAMPURKAN ASAM JAWA

Apabila dah mendidih, angkat dan campurkan rebusan air tadi dengan 1 sudu asam jawa.Kacau hingga sebati.

3. MINUM SEMASA SUAM

Seeloknya, minumlah minuman ini ketika masih suam. Paling bagus diminum ketika nak masuk tidur. Insha Allah, bila bangun pagi keesokan harinya, badan akan jadi segar-bugar!

4. AMALKAN IKUT KESERASIAN

Boleh buat minuman ini sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Terpulanglah nak minum 1 kali sehari atau selang sehari, mengikut keserasian badan masing-masing. Kalau ada lebih, seeloknya air rebusan ini disimpan dalam peti ais selama 1 hari saja.

Apapun, badan mungkin akan berpeluh-peluh sedikit apabila meminum air rebusan ini. Atau, ada yang akan berulang-alik ke bilik air untuk membuang air kecil. Ini adalah tindakbalas yang baik untuk membuang toksik dalam badan. Tapi, ia tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana bahan-bahannya bersifat ‘panas’.

SEMOGA BERMANFAAT

Jangan lupa share ya in sya Allah dapat membantu lagi ramai orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *