5 Tips Kurus Selepas Bersalin Wajib Baca – Sinar Kurus

kurus selepas bersalin

Bila dah mengandung semestinya berat kita naik 2 kali gandakan nak-nak kita paling takut suami kita cari perempuan lain masa kita tengah gemuk dan hitam-hitam di setiap pelipat kita ni kan. Tapi tak apa hari ni admin nak share sikit tips kurus selepas bersalin ni wajib ikut dan share artikel ni takut lupa nanti hehe.

Kalau betul-betul dah tak nak dengar dari mulut suami tentang gemuk ni kita cuba tips kurus selepas besalin ni sekarang juga jangan terlepas baca 1 pun tips ya.

Teruskan Scroll

Tips Kurus Lepas Bersalin

1 Pemakaian Bengkung Dan Bertungku

 

Dua perkara ini antara yang paling penting untuk dilakukan ketika dalam pantang. Bengkung membantu supaya badan anda kembali firm terutama di bahagia perut.

Saya paling suka bengkung jawa yang kainnya bermeter-meter yang dililit betul-betul dari bawah payudara sehingga ke peha. Ikatannya sangat kuat dan sangat selesa dipakai. Cuma bengkung ini tidak boleh dipakai sendirian. Ia memerlukan bantuan untuk menarik ketat bengkuk ini.

Ada juga yang menggunakan tiang untuk melilit bengkung ini sehingga benar-benar ketat.

Bertunggu bukan sahaja penting untuk membuang angin yang ada daa badan. Ianya sangat bagus sebagai salah satu cara untuk membakar lemak dengan cara alami. Saya sangat sukakan aktiviti bertungku ketika dalam pantang. Lagi best jika mak bidan yang bantu kita bertungku sambil kita tidur-tidur ayam.

2  Manfaatkan Waktu Pantang Anda

Kebanyakan dari kita menggunakan waktu pantang sebagai tempoh untuk menurunkan berat badan. Tempoh dua bulan cuti yang diberikan oleh syarikat anda bekerja sebenarnya mencukupi untuk anda kembalikan berat badan idaman anda.

Apatah lagi jika anda hadapi masalah sembelit atau anak anda ada masalah jaundis seperti yang saya alami ketika bersalinkan anak pertama. Confirm anda tidak lalu nak makan malah fobia terus!

Masalah timbul apabila selera makan jadi berganda apabila kesihatan beransur pulih.

Jadi, ketika anda sedang hamil anda perlu tetapkan target berapa jumlah timbangan yang anda ingin kurangkan. Kemudian, anda buatkan satu jadual makan untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Susun jadual anda mengikut berapa kalori yang anda perlukan.

Kenalpasti juga makanan-makanan yang boleh membuatkan berat badan anda sukar turun. Sebagai contoh roti putih yang dijadikan sarapan. Adalah lebih baik anda gantikan roti puting dengan roti perang.

Begitu juga dengan nasi yang diambil untuk makan tengahari dan malam. Gantikan nasi putih dengan nasi beras perang atau pun pasta. Elakkan mengambil biskut manis atau biskut bergula sepanjang tempoh anda berpantang.

Tetapi sebagai amaran, jangan pula anda ‘cheat’ sesudah anda berpenat lelah buat jadual makan. Jika anda sanggup tadah telinga mendengar perlian suami atau kawan-kawan, anda bolehlah meneruskan niat anda makan sebanyak-banyaknya ketika dalam pantang.

Sebaiknya anda kekalkan pemakanan kurang karbohidrat ini walaupun anda kembali ke pejabat semula.

3  Menyusu Anak

Kurus secara alami. Sesuatu yang saya suka sangat bab menyusu badan. Tahukah anda, setiap kali kita menyusu, setiap kali itulah kalori kita dibakar.

Untung sangat jika anda menyusu badan berbanding ibu yang memberikan susu formula kepada anaknya.

Namun, perjalanan penyusuan ini bukan mudah seperti yang dibayangkan oleh anda, terutamanya jika ini kali pertama anda menyusu bayi. Akan ada banyak cabaran yang bakal anda lalui. Oleh itu, siapkan dengan ilmu penyusuan sedari anda hamil lagi.

4 Jangan Banyak Alasan

Ramai dari kita sering gunakan anak sebagai alasan untuk melepaskan diri. Tidak boleh fokus bisnes kerana anak mengganggu. Tidak boleh hadir ke seminar kerana anak tiada siapa yang mahu jaga. Tidak boleh kurus kerana menyusu!

Kesian anak. Dijadikan beban pula jika kita tidak mampu untuk capai sesuatu.

Anda perlu faham nasi yang anda makan dua kali ganda bukan penyebab susu anda banyak. Komposisi utama susu badan ialah air dan protein. Jadi lebihkan pengambilan air dan protein berbanding karbohidrat.

Antara makanan yang boleh banyakkan susu ialah sup lobak putih, ikan, ayam, soya dan sayur sawi. Tetapi bukan semua milk booster adalah sama untuk setiap orang. Ada yang serasi dengan lobak putih, tetapi ada juga yang tidak. Oleh itu, anda perlu try and error apakah makanan yang boleh membanyakkan susu badan anda.

5 Amalkan Minuman Buang Toksin

Cara untuk buat air detox ini sangat mudah.

  1. Masukkan buah-buahan atau sayuran yang telah dipotong ke dalam jar
  2. Masukkan ais dia atas buah-buahan tersebut
  3. Masukkan air sehingga memenuhi jar
  4. Tutup jar tersebut dan biarkan semalaman dalam peti

Jika anda inginkan perut yang kempis, anda boleh campurkan timun, daun pudina, lemon dan halia.

Untuk penyingkiran lemak pula, anda boleh campurkan teh hijau, limau nipis dan daun pudina.

Jika anda ikut kesemua enam petua yang saya kongsikan di atas, in shaa Allah anda tidak perlu risau dengan peningkatan berat badan setelah melahirkan. Malah, badan anda akan ramping mengalahkan anak dara. Mesti ramai memuji walau sudah beranak pinak, badan masih maintain. Paling bangga, tentulah suami anda kan?

Saya harap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, khususnya ibu hamil yang sedang menunggu masa sahaja untuk lahirkan bayi.

Semoga Tips kurus Selepas Besalin Ni Bermanfaat

4 Comments on “5 Tips Kurus Selepas Bersalin Wajib Baca – Sinar Kurus”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *