Tips Viral Untuk Tutup Pori Kulit Wajah Dengan Berkesan

SUSAHNYA BILA PORI KULIT MUKA SENANG ‘TERBUKA’

Pori terbuka susah nak nampak kulit flawless dan glowing. Kadang-kadang nampak macam kulit muka berlubang. Selalunya terjadi dekat area pipi, dagu dan hidung. Banyak faktor pori terbuka ni, salah satunya disebabkan malas cuci kulit muka. Ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar. Tapi jangan risau, jangan stress, jom ikut ni. Guna bahan didapur je!

BAHAN-BAHAN

Pisang, yogurt dan madu asli.

1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata.

2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.

3. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.

 

Ketiga-tiga bahan ni banyak sangat manfaat untuk kulit muka. Lepas buat masker ni, jangan lupa apply Argan oil dan honey bee macam biasa sebelum tidur. Lepas ni bolehlah keluar rumah tanpa makeup tebal untuk tutup pori itu!

 

kredit : Anis Affandi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *